Adakah pemohon, ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia boleh membuat permohononan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Tidak. Syarat utama mestilah warganegara Malaysia.

Adakah pemohon, ibu atau bapa bertaraf pemastautin tetap (PR) yang memegang Kad Pengenalan Merah boleh membuat  permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Tidak. Hanya pemastautin tetap (PR) yang telah mendapat kewarganegaraan dengan memegang Kad Pengenalan Biru sahaja layak dipertimbangkan.

Adakah Pemohon, ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor boleh membuat permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Boleh dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon telah    bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.

Jika saya lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tetapi sedang menetap dan bersekolah di kawasan yang bersempadanan dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana poskod tempat tinggal saya dan ibu bapa merupakan poskod Selangor. Selain itu, sekolah saya juga merupakan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Adakah saya akan berjaya mendapat HPIPT?

  • Untuk makluman, semakan bagi syarat kelayakan permohonan adalah berdasarkan dokumen fizikal yang telah dikemukakan kepada urus setia HPIPT. Sekiranya pemohon, ibu dan bapa menetap di Selangor, pemohon hendaklah mengemukakan bukti  seperti Cukai Pintu / Tanah yang boleh menyokong permohonan tersebut.

Bagaimanakah pemohon ingin membuat permohonan bagi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Permohonan HPIPT hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui portal Hadiah Pengajian IPT yang disediakan di laman web HPIPT    http://hpipt.selangor.gov.my. Permohonan secara manual tidak diterima.

Apakah syarat kelayakan IPTA atau IPTS pemohon untuk membuat permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Pemohon telah mendaftar di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sijil Kemahiran Tahap 4 secara sepenuh masa dan merupakan pelajar tahun pertama sahaja boleh membuat permohonan HPIPT. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan HPIPT, sila layari laman web http://hpipt.selangor.gov.my.

Adakah pelajar tahun pertama dan semester pertama merujuk perkara yang sama?

  • Tidak. Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. (Contoh, Jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Julai tahun 2018, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT sehingga Julai tahun 2019 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT dibuka).

Adakah pemohon yang tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak membuat permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Tidak. Pemohon merupakan pelajar IPTA atau IPTS yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja diterima. Selain itu, pemohon yang belajar di Kolej Vokasional dan tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia juga tidak layak memohon.

Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam (6) boleh memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Tidak, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam (6) bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia adalah tidak layak memohon.

Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), adakah saya layak untuk memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Untuk makluman, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana - mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.

Jika saya mendapat tawaran pelajaran peringkat Asasi Universiti selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adakah saya layak  untuk memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)?

  • Untuk makluman, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat Matrikulasi / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah tidak layak memohon.

Adakah pemohon yang telah berjaya mendapat Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) semasa Diploma masih boleh membuat permohonan semasa Ijazah Sarjana Muda

  • Tidak. Pemohon hanya layak membuat permohonan sekali sahaja sekiranya telah berjaya.

Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji  bersih?

  • Pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah di kira berdasarkan gaji pokok.

Bagaimanakah cara untuk membuat semakan permohonan sekiranya lulus atau gagal?

  • Pemohon boleh membuat semakan permohonan secara atas talian melalui laman web Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) https://hpipt.selangor.gov.my dalam tempoh satu bulan selepas tarikh permohonan ditutup. Permohonan yang lulus dan gagal juga akan dimaklumkan melalui e-mel pemohon.

Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada pemohon?

  • Bagi permohonan yang telah diluluskan, bayaran akan dibuat secara berperingkat.

Bolehkah saya memuat turun Penyata Akaun Bank dari sistem perbankan dan tidak mendapatkan pengesahan oleh pihak bank?

  • Anda dibenarkan untuk memuat turun Penyata Akau Bank dari sistem perbankan. Namun begitu, sila pastikan penyata bank tersebut mempunyai nama bank, nama pemohon dan nombor akaun. Penyata akaun bank yang lengkap perlu diberikan bagi mengelakkan pengkreditan bayaran ke dalam akaun yang salah atau tidak aktif.

Berdasarkan semakan status permohonan HPIPT mendapati saya berstatus tidak lulus. Apakah yang perlu saya lakukan?

  • Keputusan yang dipaparkan adalah kekal dan muktamad. Semakan kelulusan dikategorikan sebagai tidak lulus berdasarkan beberapa alasan berikut:

               a)   Pemohon tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan seperti yang tertera di laman web                                                               https://hpipt.selangor.gov.my.

               b)   Pemohon tidak memberikan dokumen sokongan yang lengkap seperti berikut:

                     i.        Dokumen sokongan yang di muatnaik di dalam portal tidak jelas dan tidak boleh dibaca;

                     ii.       Pengesahan dan cop rasmi oleh pihak institusi pengajian (IPT) bukan daripada pihak berkenaan;

                     iii.      Pengesahan permastautin dan pengesahan pendapatan ibu bapa atau penjaga tidak lengkap dan

                              cop pengesahan adalah bukan dari pihak yang dibenarkan seperti yang dimaklumkan di dalam

                              borang;

                     iv.      Salinan penyata akaun bank yang tidak mendapat pengesahan dari pihak bank; dan

                     v.       Dokumen sokongan di hantar secara manual selepas tarikh tutup permohonan

Adakah saya boleh mengemukakan rayuan sekiranya permohonan saya berstatus tidak lulus?

  • Kelulusan yang dipaparkan di portal HPIPT adalah kekal dan muktamad. Permohonan yang lengkap dan menepati syarat sahaja yang akan diutamakan.

 

 
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS)
40503 Shah Alam, Selangor
Nombor telefon : 03-5544 7385 / 03-5521 2306
 
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720.
Hakcipta © 2014 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.