Syarat Kelayakan

Written by Super User. Posted in Uncategorised

1.     Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja. 

2.     Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

     i)      Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau

     ii)     Ibu atau bapa pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau

     iii)     Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor                                 dan ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.

3.    Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian diperingkat Ijazah Sarjana MudaDiploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja*.

4.     Pemohon telah mendaftar diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

5.     Pemohon adalah pelajar tahun pertama sahaja.

6.     Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

7.     Pendapatan isi rumah Ibu, Bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja.

8.     Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Nota;                                                                                                   

 *Matrikulasi / Kolej Vokasional / Kursus Persediaan / Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

 
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS)
40503 Shah Alam, Selangor
Nombor telefon : 03-5544 7385 / 03-5521 2306
 
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720.
Hakcipta © 2014 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.