Panduan Mengisi Borang

1. Permohonan secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.

2. Pemohon perlu klik pada pautan Daftar di dalam sistem berkenaan sekiranya ingin membuat sebarang permohonan ataupun klik pada pautan Semak untuk mengetahui status permohonan.

3. Pemohon juga perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem berkenaan.

4. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

5. Borang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut langkah 4 di atas hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.

6. Surat Perakuan Pendapatan (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) hendaklah diperakukan oleh ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung SAHAJA*.

Nota:                                                                                                                                                                                                      *Perakuan dan pengesahan oleh selain pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.

 
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS)
40503 Shah Alam, Selangor
Nombor telefon : 03-5544 7385 / 03-5521 2306
 
Penafian : Kerajaan Negeri Selangor tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam portal ini.
Paparan terbaik menggunakan IE9 keatas / Mozilla Firefox 11 ke atas dan Google Chrome, resolusi 1280 x 720.
Hakcipta © 2014 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.