Syarat - Syarat Kelayakan
1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
i. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
ii. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
iii. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
iv. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
4. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
5. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
6. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
7. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
8. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan
9. Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL
10. Setiap permohonan hanya layak dibayar SEKALI sepanjang pengajian, sama ada di peringkat ijazah
Sarjana Muda atau Diploma sahaja
NOTA:
*Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Kolej Vokasional / IKBN / IKTBN / Kursus Persediaan Tahun Asas / A-Level / ACCA / LCCI / Ijazah Lanjutan / Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI / KPLI) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ) / Pengajian Luar Kampus (PLK) adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.